Pages

nuffnang

Click To Learn More!

15 March 2011

Hujan Batu Naik Minyak

Korek telinga, cungkil gigi, scroll sampai bawah.

Terkejut bai petang tadi, tengah syok layan Winning Eleven kat umah membe aku tadi, tiba2 hujan. Aku bwat derk ja sebab Sri Iskandar da biasa hujan petang2 ceni. Tengah picit2 semua button yang ada, Kepapauhh!!Kilat sabung menyabung bak hang! Omakkhau..tokojut den.

Serius kuat gila. Banyak kali plak 2. Dah kilat macam 2, xkan x ujan lagi, nah kau ketang ketang ketek ketang ketung bumbung umah. Bunyi dekat ja. Sekali bumbung bocor daa! Humangaih..Scary jugak la. Haha.


Bayangkan baling batu sebesar ibu jari tangan. Terkena kepala. Sakit tak? Ha lebih2 kurang besar mcm 2 la. Tapi aura petang tadi mmg lain macam. 7.40++ pm 2 selalunya da gelap da, tapi tadi colour dia jingga sket. Pergghh..layan beb suasana 2. Hujan kan rahmat.

Korang rasa sebab apa boleh jadi hujan batu ni ar? Adakah ianya punca dari letupan nuclear di Jepun? Gas yang dibawa bercampur dengan awan? Lalu menghasilkan hujan seperti itu? Tapi hujan tu masih lagi boleh diterima akal la. X dak la sampai pecah cermin tingkap kereta. Risau tetap ada.

OBC : Kena hujan ni, terus pening. Serius. Masuk mata, pedih. Juga serius. Sebab aku yang mengalaminya.

"Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu Lari Lintang Pukang"

13 March 2011

Komik Berita Harian Punya Maksud Tersendiri

Positif atau Negatif?
Buka mata, buka hati, hayati melalui kotak imaginasi.....
Ramai yang mengutuk Berita Harian disebabkan lukisan komik oleh Zoy ni. Sampai CNN pon sama naik.
Aku taw ramai yang mungkin x suka, x puas hati, marah, tapi itu semua pandangan mata kita. Marah memang marah. Tapi kita x boleh salahkan pelukis itu jugak. Kita hanya mendengar dari sebelah pihak yang majoritinya  keturunan darah Merong Mahawangsa. Pantang sket, darah muda naik. 

Aku cuma terfikir, kenapa dia boleh lagi melukis komik sebegini walhal dia tahu dia akan dikecam hebat kerana mempermainkan negara tersebut seperti yang dilakukan oleh Fizz Fairuz. Tapi dia tetap juga menghasilkan komik yang berunsurkan ejekan. Hmmm..kenapa?

Seperti yang diolah dalam gambar tersebut, adegan Ultraman dikejar Tsunami. X cecah tanah beb!
Itu boleh didefinisikan bahawa, walaupun sesebuah negara itu maju, mempunyai superhero, fire sana, fire sini, nuklear pon ada, tetap x boleh lari dari kuasa tuhan. Nampak? Mungkin ini agak sensitif bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku ianya x lah sensitif sangat. Cuma nama Malaysia kita yang tercalar. Baru depa taw sapa Malaysia, bukan cetek tapi panjang akalnya. 

Macam mana pon, aku berharap Berita Harian mempunyai pendirian terhadap isu ini ataupun mengeluarkan statement memohon maaf. Zoy diharap dapat menghasilkan komik yang lebih berinformasi tetapi dalam masa sama tidak menyentuh isu sensitif seperti ini. Dan kita, janganlah terlalu ikutkan kata hati, itu periuk nasi dia. Dia sekadar meluahkan apa yang dia rasa.

Artikel di atas hanyalah sekadar pendapat saya. Maaf kalau saya ada menyinggung perasaan sesiapa.

Junrey Balawing | Lelaki Paling Kerdil Di Dunia

Junrey Balawing
Botol jadi ukuran, namun hati tetap tabah. Itu yang dilalui oleh Junrey Balawing, berasal dari Zamboanga del Norte di Filipina. Beliau mempunyai ketinggian hanya 55.88 sentimeter bersamaan dengan 22 inci. Walaupun begitu, Junrey sudah bersedia untuk memecahkan rekod dunia! Ketika ini, beliau masih berusia 17 tahun dan bakal meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-18 Jun hadapan!


"Jika saya orang paling kecil di dunia, saya akan seronok," katanya.

Ibunya, Concepcion, 35, berkata, dia menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Junrey berusia 2 tahun tetapi tidak ada doktor yang boleh membantu. Concepcion menambah, Junrey akan tersenyum bangga apabila setiap kali diberitahu dia lelaki paling kecil di dunia.


Tambahan, Junrey hanya boleh berjalan dengan bantuan orang dan tidak boleh berdiri begitu lama. Dari riak wajahnya, tiada siapa tahu apa yang sedang dilaluinya. 

Junrey, Jaycel, Jay-Art dan Janritch
4 beradik dan beliau yang sulong? Haha..siapa tahu kan? Papa pon, dia bakal memegang rekod dunia, korang ada?

12 March 2011

Siapa Anwar Hadi?

Siapa itu Anwar Hadi?Haa..kosongkan minda, tarik telinga, tengok rapat-rapat.....
Mesti ada yang dah familiar dengan nama ni kan? Aku pon peminat dia gak. Dan aku bangga dengan dia. Tambah bangga plak sbb dia satu sekolah ngan aku dulu, Sultan Abdul Hamid College,Alor Setar,Kedah. Dia memang mempunyai kredibiliti tersendiri, dan dia tidak mudah terus percaya dengan apa yang diperkatakan oleh orang.

Tapi hari ni aku bukan nak cerita pasai dia sangat, hari ni aku nak bercerita pasal 4 orang yang mungkin diorang nak antar demo kat M.Nasir dengan bertajuk Kami Benci Anwar Hadi. Apakata tengok dulu video mamat2 yang 'Tak Fikir Dulu Sebelum Bertindak' neh.



Serius X matang

Aku pon x paham pasepa lah wujud orang macam ni. X boleh tgk orang kat atas sket, pantang, ada ja yang nak menjatuhkan. Come on la 'dude'. Support our Malaysian.
Tapi, nak taw dak sebalik group ni? Anwar Hadi menjadi subscriber kepada video ni?Haha..gentle ja mamat 2..psiko bai..beliau tak lari, malah lebih dekat! Cayalah!

4 mamat kat atas 2 siapa? Adakah mereka sedang melanjutkan pelajaran di Australia? Adakah mereka cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum? Adakah mereka fasih berbahasa Inggeris? Dan..adakah mereka cemburu dengan kejayaan Anwar Hadi?

Jawapan dah ada. Pilihlah sendiri. Jangan serlahkan kebodohan anda. Malu nanti.

Rasanya cukupla kot, sebenarnya aku xmaw la post benda ni, tapi kena jugak sebabnya yang kutuk-kutuk ni pon bangsa sendiri. Tolong.


Ini link ke profile YouTube dia. IniAnwarHadi

OBC : Taw la jeles pon, cuba la bwat lagu sedap sket. Haih..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...