nuffnang

Click To Learn More!

13 March 2011

Komik Berita Harian Punya Maksud Tersendiri

Positif atau Negatif?
Buka mata, buka hati, hayati melalui kotak imaginasi.....
Ramai yang mengutuk Berita Harian disebabkan lukisan komik oleh Zoy ni. Sampai CNN pon sama naik.
Aku taw ramai yang mungkin x suka, x puas hati, marah, tapi itu semua pandangan mata kita. Marah memang marah. Tapi kita x boleh salahkan pelukis itu jugak. Kita hanya mendengar dari sebelah pihak yang majoritinya  keturunan darah Merong Mahawangsa. Pantang sket, darah muda naik. 

Aku cuma terfikir, kenapa dia boleh lagi melukis komik sebegini walhal dia tahu dia akan dikecam hebat kerana mempermainkan negara tersebut seperti yang dilakukan oleh Fizz Fairuz. Tapi dia tetap juga menghasilkan komik yang berunsurkan ejekan. Hmmm..kenapa?

Seperti yang diolah dalam gambar tersebut, adegan Ultraman dikejar Tsunami. X cecah tanah beb!
Itu boleh didefinisikan bahawa, walaupun sesebuah negara itu maju, mempunyai superhero, fire sana, fire sini, nuklear pon ada, tetap x boleh lari dari kuasa tuhan. Nampak? Mungkin ini agak sensitif bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku ianya x lah sensitif sangat. Cuma nama Malaysia kita yang tercalar. Baru depa taw sapa Malaysia, bukan cetek tapi panjang akalnya. 

Macam mana pon, aku berharap Berita Harian mempunyai pendirian terhadap isu ini ataupun mengeluarkan statement memohon maaf. Zoy diharap dapat menghasilkan komik yang lebih berinformasi tetapi dalam masa sama tidak menyentuh isu sensitif seperti ini. Dan kita, janganlah terlalu ikutkan kata hati, itu periuk nasi dia. Dia sekadar meluahkan apa yang dia rasa.

Artikel di atas hanyalah sekadar pendapat saya. Maaf kalau saya ada menyinggung perasaan sesiapa.

12 comments:

  1. I do agree with what you have said, Zoy mungkin berniat untuk memberi pengajaran but at a time when Japan is STILL in distress, memang tak sesuai lah editor BH luluskan for printing. This is mainstream media, so agak2 la sket.

    ReplyDelete
  2. tapi skrg nie org tak nmpk yg tersirat...org nmpk yg tersurat je...

    ReplyDelete
  3. setuju dengan kau,,mungkin kartunis tu nak berikan pengajaran kepada kita dalam bentuk hiburan,,

    ReplyDelete
  4. Atreyu : Isu besar ni sebenarnya x bleh dibuat main, tapi dia agak berani la. Benda dah jadi, so kita nantikan apa maklum balas dari BH.

    Yusuf : Itu yang menjadi masalahnya. Memang kalau diikutkan, itu yang kita nampak. Entry ni hanyalah sekadar mahu memberitahu kita janganlah cepat buat anggapan. Kerana kita juga x tahu apa sebabnya BH luluskan komik tersebut.

    Eqmal : Yap, kartunis kan selalu mempunyai jiwa yang tersendiri. Dia tidak akan melukis tanpa idea yang menarik.

    ReplyDelete
  5. Tsunami tu kan satu bencana...? Sesuaikah buat lawak?

    ReplyDelete
  6. i rasa lukisan tu xsesuai dipaparkan buat masa sekarang.
    yer laa jepun kan baru lepas kena tsunami.
    ramai yang tengah sengsara.
    depa dok berkabung tak habis lagi.
    orang luar mesti ingat kita neh tak prihatin dengan apa yang menimpa rakyat jepun sekarang.
    papepun lepas neh kalau nak bekarya, kena pikiaq dua tiga kali laa supaya hal macam neh xkan berulang lagi.
    sebab dah melibatkan negara kan.
    =_=

    **ada betul jugak lukisan tu, sehebat mana pun kuasa otromen ke apa ke tapi tetap xboleh lawan kuasa Allah. tapi harus jugak diingat, tak semua orang berfikiran macam pelukis zoy tu**

    ReplyDelete
  7. Yap..saya setuju dgn TcRain dan Drunbella.
    Melawak x salah, tapi biar kena pada gaya dan masanya. Thanx!

    ReplyDelete
  8. tapi lawak ni macam agak kurang tepat la time dia kan...

    leih kurang cam kes Fizz Fairuz kot...

    ReplyDelete
  9. Berita Harian dah pon memohon maaf kepada semua..hehe..

    ReplyDelete
  10. first time aku nampak terus insaf bro. Tak tepikir pun pelukis nak buat lawak. then, lps 1,2 minit baru tepikir 'apa la org len nak cakap eh?'.

    ReplyDelete
  11. sapa x insaf..Jepun berganjak 2.4 meter kot..ketaq teruih!

    ReplyDelete
  12. lawak ker? sensitif ker? dari ambil sebagai sindiran baek ambil sebagai peringatan...

    kalau negara kita equip dengan GREEN TECHNOLOGY hebat mana pon, KUASA ALLAH LAGI HEBAT...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...