nuffnang

Click To Learn More!

13 March 2011

Junrey Balawing | Lelaki Paling Kerdil Di Dunia

Junrey Balawing
Botol jadi ukuran, namun hati tetap tabah. Itu yang dilalui oleh Junrey Balawing, berasal dari Zamboanga del Norte di Filipina. Beliau mempunyai ketinggian hanya 55.88 sentimeter bersamaan dengan 22 inci. Walaupun begitu, Junrey sudah bersedia untuk memecahkan rekod dunia! Ketika ini, beliau masih berusia 17 tahun dan bakal meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-18 Jun hadapan!


"Jika saya orang paling kecil di dunia, saya akan seronok," katanya.

Ibunya, Concepcion, 35, berkata, dia menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Junrey berusia 2 tahun tetapi tidak ada doktor yang boleh membantu. Concepcion menambah, Junrey akan tersenyum bangga apabila setiap kali diberitahu dia lelaki paling kecil di dunia.


Tambahan, Junrey hanya boleh berjalan dengan bantuan orang dan tidak boleh berdiri begitu lama. Dari riak wajahnya, tiada siapa tahu apa yang sedang dilaluinya. 

Junrey, Jaycel, Jay-Art dan Janritch
4 beradik dan beliau yang sulong? Haha..siapa tahu kan? Papa pon, dia bakal memegang rekod dunia, korang ada?

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...