![]() |
Positif atau Negatif? |
Ramai yang mengutuk Berita Harian disebabkan lukisan komik oleh Zoy ni. Sampai CNN pon sama naik.
Aku taw ramai yang mungkin x suka, x puas hati, marah, tapi itu semua pandangan mata kita. Marah memang marah. Tapi kita x boleh salahkan pelukis itu jugak. Kita hanya mendengar dari sebelah pihak yang majoritinya keturunan darah Merong Mahawangsa. Pantang sket, darah muda naik.
Aku cuma terfikir, kenapa dia boleh lagi melukis komik sebegini walhal dia tahu dia akan dikecam hebat kerana mempermainkan negara tersebut seperti yang dilakukan oleh Fizz Fairuz. Tapi dia tetap juga menghasilkan komik yang berunsurkan ejekan. Hmmm..kenapa?
Seperti yang diolah dalam gambar tersebut, adegan Ultraman dikejar Tsunami. X cecah tanah beb!
Itu boleh didefinisikan bahawa, walaupun sesebuah negara itu maju, mempunyai superhero, fire sana, fire sini, nuklear pon ada, tetap x boleh lari dari kuasa tuhan. Nampak? Mungkin ini agak sensitif bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku ianya x lah sensitif sangat. Cuma nama Malaysia kita yang tercalar. Baru depa taw sapa Malaysia, bukan cetek tapi panjang akalnya.
Macam mana pon, aku berharap Berita Harian mempunyai pendirian terhadap isu ini ataupun mengeluarkan statement memohon maaf. Zoy diharap dapat menghasilkan komik yang lebih berinformasi tetapi dalam masa sama tidak menyentuh isu sensitif seperti ini. Dan kita, janganlah terlalu ikutkan kata hati, itu periuk nasi dia. Dia sekadar meluahkan apa yang dia rasa.
Artikel di atas hanyalah sekadar pendapat saya. Maaf kalau saya ada menyinggung perasaan sesiapa.