Pages

nuffnang

Click To Learn More!

16 March 2011

Charge Handphone Guna Kertas

Ni satu cara yang berguna ketika darurat. Selalunya Handphone jenama Nokia la yang bleh bwat magic mcm ni. Tapi jangan sampai bateri da memang kaw abes baru nak buat. Agak2 dia bagi warning bateri nak abes 2 ok la.
Jom tonton!



Selamat mencuba!

Manusia Bertanduk?


Huang Yuanfan, 84 tahun dari China mendapati sebuah benjolan kecil yang tumbuh di bahagian atas belakang kepalanya 2 tahun lalu.
Namun benjolan itu berkembang hingga menyerupai tanduk!

"Saya sudah berusaha mencabutnya, malah mengikirnya, namun tidak ada perubahan. Tanduk itu malah semakin membesar," ujar Huang.

Hingga kini, tanduk Huang mencapai 3 inci dan tanduk itu masih lagi boleh panjang.

"Doktor mengatakan bahawa mereka tidak tahu apa puncanya, malah mereka berusaha mencabutnya, namun, tanduk itu kembali tumbuh. Saya berusaha menyembunyikannya dengan topi tetapi jika tanduk itu semakin panjang, tanduk itu akan menghala ke atas," tambah Huang lagi.

OBC : Setiap kejadian ada sebabnya. Kan?

15 March 2011

Hujan Batu Naik Minyak

Korek telinga, cungkil gigi, scroll sampai bawah.

Terkejut bai petang tadi, tengah syok layan Winning Eleven kat umah membe aku tadi, tiba2 hujan. Aku bwat derk ja sebab Sri Iskandar da biasa hujan petang2 ceni. Tengah picit2 semua button yang ada, Kepapauhh!!Kilat sabung menyabung bak hang! Omakkhau..tokojut den.

Serius kuat gila. Banyak kali plak 2. Dah kilat macam 2, xkan x ujan lagi, nah kau ketang ketang ketek ketang ketung bumbung umah. Bunyi dekat ja. Sekali bumbung bocor daa! Humangaih..Scary jugak la. Haha.


Bayangkan baling batu sebesar ibu jari tangan. Terkena kepala. Sakit tak? Ha lebih2 kurang besar mcm 2 la. Tapi aura petang tadi mmg lain macam. 7.40++ pm 2 selalunya da gelap da, tapi tadi colour dia jingga sket. Pergghh..layan beb suasana 2. Hujan kan rahmat.

Korang rasa sebab apa boleh jadi hujan batu ni ar? Adakah ianya punca dari letupan nuclear di Jepun? Gas yang dibawa bercampur dengan awan? Lalu menghasilkan hujan seperti itu? Tapi hujan tu masih lagi boleh diterima akal la. X dak la sampai pecah cermin tingkap kereta. Risau tetap ada.

OBC : Kena hujan ni, terus pening. Serius. Masuk mata, pedih. Juga serius. Sebab aku yang mengalaminya.

"Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu Lari Lintang Pukang"

13 March 2011

Komik Berita Harian Punya Maksud Tersendiri

Positif atau Negatif?
Buka mata, buka hati, hayati melalui kotak imaginasi.....
Ramai yang mengutuk Berita Harian disebabkan lukisan komik oleh Zoy ni. Sampai CNN pon sama naik.
Aku taw ramai yang mungkin x suka, x puas hati, marah, tapi itu semua pandangan mata kita. Marah memang marah. Tapi kita x boleh salahkan pelukis itu jugak. Kita hanya mendengar dari sebelah pihak yang majoritinya  keturunan darah Merong Mahawangsa. Pantang sket, darah muda naik. 

Aku cuma terfikir, kenapa dia boleh lagi melukis komik sebegini walhal dia tahu dia akan dikecam hebat kerana mempermainkan negara tersebut seperti yang dilakukan oleh Fizz Fairuz. Tapi dia tetap juga menghasilkan komik yang berunsurkan ejekan. Hmmm..kenapa?

Seperti yang diolah dalam gambar tersebut, adegan Ultraman dikejar Tsunami. X cecah tanah beb!
Itu boleh didefinisikan bahawa, walaupun sesebuah negara itu maju, mempunyai superhero, fire sana, fire sini, nuklear pon ada, tetap x boleh lari dari kuasa tuhan. Nampak? Mungkin ini agak sensitif bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku ianya x lah sensitif sangat. Cuma nama Malaysia kita yang tercalar. Baru depa taw sapa Malaysia, bukan cetek tapi panjang akalnya. 

Macam mana pon, aku berharap Berita Harian mempunyai pendirian terhadap isu ini ataupun mengeluarkan statement memohon maaf. Zoy diharap dapat menghasilkan komik yang lebih berinformasi tetapi dalam masa sama tidak menyentuh isu sensitif seperti ini. Dan kita, janganlah terlalu ikutkan kata hati, itu periuk nasi dia. Dia sekadar meluahkan apa yang dia rasa.

Artikel di atas hanyalah sekadar pendapat saya. Maaf kalau saya ada menyinggung perasaan sesiapa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...